Muat turun panduan sembahyang orang sakit disini
Total Pageviews
Categories
- Mengambil air sembahyang (1)
- NIAT SEMBAHYANG SUBUH (1)
- Panduan Sembahyang bagi Orang Sakit (1)
- Panduan Sembahyang Subuh (1)
- Panduan Solat Subuh (1)
- Perkara yang membatalkan tayamum (1)
- Perkara yang membatalkan wuduk (1)
- Perkara yang sunat untuk berwuduk (1)
- Rukun-rukun Wuduk (1)
- Sunat-sunat tayamum (1)
- Sunat-sunat Wuduk (1)
- Syarat-syarat Tayamum (1)
- Syarat-syarat Wuduk (1)
- Tayamum (1)
- Wuduk (1)
Text Widget
Saturday, February 26, 2011
Thursday, September 11, 2008
NIAT SEMBAHYANG SUBUH
NIAT SEMBAHYANG SUBUH 
Usalli fardhaz subhi raka'ataini (*) adaan lillahi ta'ala Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta'ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.
Perkara yang membatalkan tayamum
Perkara yang membatalkan tayamum
* 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
* 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.
* 1. Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.
* 2. Terdapat air setelah hendak melakukan sembahyang.
Sunat-sunat tayamum
Sunat-sunat tayamum
* 1. Menghadap ke arah Kiblat.
* 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
* 3. Menipiskan debu di tangan.
* 1. Menghadap ke arah Kiblat.
* 2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
* 3. Menipiskan debu di tangan.
Syarat-syarat Tayamum
Syarat-syarat Tayamum
* 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
* 2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
* 3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.

Tayamum
- Menggunakan tanah yang bersih dan berdebu. Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.
- Fardu Tayamum
- 1. NIAT, Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
- 2. MUKA, Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.
- 3. TANGAN, Menyapu tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dari tepukan yang kedua kalinya, kemudian tangan kiri.
- 4. TERTIB, bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).

"Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ". SAPUKAN KE MUKA
SAPUKAN TANGAN
Perkara yang sunat untuk berwuduk
Perkara yang sunat untuk berwuduk.
* 1. Sehabis keluar darah dari hidung.
* 2. Sesudah mengantuk.
* 3. Hendak berjalan jauh.
* 4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
* 5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
* 6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
* 7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
* 8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
* 9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
* 10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
* 11. Ziarah ke kubur.
* 12. Memegang atau memikul mayat.
* 13. Jika dalam keadaan marah.

Perkara yang membatalkan wuduk
Perkara yang membatalkan wuduk.
Enam perkara membatalkan wuduk:-
* 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
* 2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
* 3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
* 4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
* 5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
* 6. Murtad.

Sunat-sunat Wuduk
Sunat-sunat Wuduk
Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
* 1. Menghadap ke arah Kiblat.
* 2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".
* 3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
* 4. Berkumur atau bersugi.
* 5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
* 6. Menyapu air ke kepala.
* 7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
* 8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
* 9. Menjelai jari-jari tangan dan kaki.
* 10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
* 11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
* 12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
* 13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
* 14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
* 15. Berjimat ketika menggunakan air.
* 16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
* 17. Membaca Doa Selepas Wuduksetelah selesai berwuduk.

Rukun-rukun Wuduk
- Rukun-rukun Wuduk
- Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH
BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
- 1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

- "Nawaitu rafa'al hadathil asghari Lillahi Ta'ala" ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala" atau "Nawaitu Udu'a Lillahi Ta'ala" bermaksud "Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta'ala". Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.
NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN
- 2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri - 3 Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKU
MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
- 3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak - 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA
- 4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. - 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
- 5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. - 3 Kali.
- 6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
- Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk
Syarat-syarat Wuduk
Syarat-syarat Wuduk
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
* 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
* 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
* 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
* 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
* 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
* 6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Wuduk
Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang)
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu. Jika kita tidak berwuduk adalah haram hukumnya, begitu juga jika kita ingin melakukan:-
* 1. Sembahyang-sembahyang sunat.
* 2. Thawaf di Baitullah.
* 3. Menyembahyangkan mayat.
* 4. Sujud tilawah atau sujud syukur.
* 5. Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.

Sunday, August 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Muat turun panduan sembahyang orang sakit disini
-
Perkara yang sunat untuk berwuduk. * 1. Sehabis keluar darah dari hidung. * 2. Sesudah mengantuk. * 3. Hendak berjalan jauh. ...
-
Syarat-syarat Wuduk Syarat sah Wuduk itu ada enam:- * 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk) * 2. Mumayiz, iaitu te...
-
Syarat-syarat Tayamum * 1. Sesudah masuk waktu sembahyang (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum). * 2. Sesudah berusaha atau b...
-
Perkara yang membatalkan wuduk. Enam perkara membatalkan wuduk:- * 1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) sepert...
-
Sunat-sunat Wuduk Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:- * 1. Menghadap ke arah Kiblat. * 2. Menbaca "Auuzubillah hi...
-
Wuduk @ Uduk (Mengambil air sembahyang) Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hada...